Seluruh warga Rompin mengalu-alukan kedatangan kontijen-kontijen dari seluruh daerah Negeri Pahang.

Mesyuarat akan diadakan pada malam jumaat 30 Jun 2011 jam 8.30 malam bertempat di bilik mesyuarat Cempaka Majlis Daerah Rompin.

 

Mesyuarat undian sukan KT ke 4 telah dibuat di Bilik Mesyuarat Cempaka Majlis Daerah Rompin. Muat turun undian sukan KT di undian sukan KT.

Mohon maaf atas kelewatan memaparkan jadual acara sukan kerajaan tempatan 2011. Muat turun jadual acara sukan di sini.

Sukan Kerajaan Tempatan diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Kuantan Pahang. Ianya bermula di Cameron Highland menjadi tuan rumah pertama bagi sukan yang penuh berprestij ini. Kemudian pada tahun 2007, Majlis Perbandaran Temerloh menjadi tuan rumah, seterusnya Majlis Daerah Lipis menjadi tuan rumah pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Majlis Daerah Rompin telah diberi amanah dan kepercayaan oleh pihak SUK Kuantan Pahang menjadi tuan rumah bagi sukan kerajaan tempatan negeri Pahang kali ke 4. Pelbagai acara disusun dan dimesyuaratkan berseuaian lokasi Kuala Rompin yang berdekatan dengan pantai disepanjang perjalanan ke Kuala Rompin. Semua warga majlis di hampir 11 PBT di Negeri Pahang akan hadir dan bersama-sama menjayakan sukan bagi merangkul pingat-pingat yang disediakan. Objektif utama sukan ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan antara PBT dan bukanlah untuk menunjukkan kehebatan masing-masing di gelanggang pertandingan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.