Sukan Kerajaan Tempatan diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Kuantan Pahang. Ianya bermula di Cameron Highland menjadi tuan rumah pertama bagi sukan yang penuh berprestij ini. Kemudian pada tahun 2007, Majlis Perbandaran Temerloh menjadi tuan rumah, seterusnya Majlis Daerah Lipis menjadi tuan rumah pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Majlis Daerah Rompin telah diberi amanah dan kepercayaan oleh pihak SUK Kuantan Pahang menjadi tuan rumah bagi sukan kerajaan tempatan negeri Pahang kali ke 4. Pelbagai acara disusun dan dimesyuaratkan berseuaian lokasi Kuala Rompin yang berdekatan dengan pantai disepanjang perjalanan ke Kuala Rompin. Semua warga majlis di hampir 11 PBT di Negeri Pahang akan hadir dan bersama-sama menjayakan sukan bagi merangkul pingat-pingat yang disediakan. Objektif utama sukan ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan antara PBT dan bukanlah untuk menunjukkan kehebatan masing-masing di gelanggang pertandingan.