JUSTIFIKASI LOGO

Rupa bentuk manusia digayakan mewakili atlit menuju ke arah mencapai kejayaan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

HITAM

– Simbolik kepada etika dan disiplin di dalam pentadbiran dan cara pengurusan yang cekap dan bersistematik.

KUNING

– Melambangkan tekad dan kesatuan hati warga Majlis Daerah Rompin sebagi penganjur terbaik bagi Sukan KT Kali Ke 4.

MERAH

– Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.

BIRU

– Menggambarkan keadaan Daerah Rompin yang masih mengekalkan kehidupan dalam ekologi yang terjaga. Selain itu, hijau melambangkan kesegaran, kedamaian, keharmonian dan keselesaan sepanjang berada di daerah ini.

Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap warga Majlis Daerah Rompin.