PENYELARAS SUKAN – PUAN SARINA BINTI MADUN

                      LOKASI PERTANDINGAN – DATARAN PANTAI HIBURAN ROMPIN


PERATURAN UMUM

  • Pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-Undang “International Federal Netball Assiciation” (IFNA) yang berkuat kuasa serta diterima oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia.

PERATURAN TAMBAHAN

  • Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur/Pengelola adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan selaras dengan matlamat Penganjuran Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Kali Ke-4 Tahun 2011.

KELAYAKAN PESERTA

  • Hanya kakitangan PBT Dan OSC yang layak menyertai kejohanan ini.
  • Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan
    i-  1 Orang Pengurus Pasukan
    ii- 1 Orang Jurulatih
    iii-10 Pemain termasuk Pemain Simpanan dan 2 Veteran (berumur 40 tahun ke atas). Kedua-dua pemain Veteran dimestikan berada di dalam padang pada setiap perlawanan.
  • Semua pendaftaran yang telah diisi hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur/Pengelola dan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan serta disahkan oleh Yang Dipertua. Mana-mana pasukan yang tidak mendaftar terlebih dahulu tidak dibenarkan menyertai acara sukan ini.
  • Setiap pemain yang berdaftar hendaklah sanggup dan bersedia untuk bermain lebih daripada satu (1) perlawanan  pada satu (1) hari mengikut jadual yang telah disediakan.
  • Senarai nama terkini  pemain-pemain  adalah pada tarikh tutup penyertaan atau pada taklimat dan undian pasukan. Sebarang petukaran nama pemain atau pindaan tidak dibenarkan selepas itu.
  • Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang kedudua pasukan berlenaan akan dibatalkan.

PERTUKARAN PEMAIN

  • Penggantian boleh dibuat jik aberlaku kecederaan dan penggantian adalah tidak terhad.
FORMAT PERTANDINGAN
  • Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan
  • Johan dan Naib Johan kumpulan akan memasuki peringkat separuh akhir yang akan diadakan secara kalah mati.
  • Sebelum perlawanan dimulakan, tiap-tiap pasukan hendaklah menyerahkan senarai nama pemain kepada Urus Setia dengan menggunakan Borang Pertandingan yang telah disediakan.
  • Pasukan yang menang akn mendapat tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan pas.
  • Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang telah dijadualkan. Mana-mana pasukan yang melanggari peraturan akan dikira kalah dan pasukan lawan akan memperolehi jaringan percuma sebanyak lapan (8) jaringan tanpa balas dan tiga (3) mata kemenangan.
  • Sekiranya diakhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan dan kiraan mata yang diperolehi adalah sama,maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:
  1. Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang lebih akan diisytiharkan pemenang
  2. Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan gol  terbanyak sekali akan dikira pemenang.
  3. Sekiranya bilangan gol sama banyak, maka pasukan yang kena bilangan gol yang kurang akan dianggap kurang.
  4. Sekiranya bilangan gol yang sama banyak, masa pasukan yang telah menggalahkan lawannya dalam peringkat kumpulan  akan dianggap pemenang.
  5.  Jika perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan dibuat dengan undian `toss of coin’.
  • Dalam perlawanan separuh akhir dan akhir jika setelah tamat masa keputusan masih lagi seri, pertandingan akan disambung semula setelah berhenti rehat selam 3 minit, kedua-dua pasukan akan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah atau gol. Permainan diteruskan dengan 3 hantaran tengah atau gol.  Permainan diteruskan dengan 3 hantaran dibuat bergilir-gilir. Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah yang ke-3 diakhiri dengan jaringan gol.

MASA PERTANDINGAN

  • Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur/Pengelola.
  • Semua pasukan yang dijadualkan akan bermain mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
  • Tempoh perlawanan bagi keseluruhan pertandingan adalah selam 20 minit. Masa bagi separuh masa pertama 10 minit dengan masa rehat 3 minit saparuh masa kedua ialah 10 minit (10-3-10)

PAKAIAN PERTANDINGAN

  • Semua pemain diwajibkan memakai baju/jersi dan seluar panjang/`track bottom’. Seluar pendek, skirt dan `tigh’ tidak dibenarkan sama sekali semasa pertandingan.
  • Setiap pasukan dikehendaki membawa bib. Ketinggian ukuran huruf pada bib adalah 6 nci. Sek iranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit.
  • Semua pemain dimestikan memakai kasut emasa bermain.
  • Pemain tidak dibenarkan berkuku panjang dan memakai barangan kemas atau sebaliknya. (sila pastikan kuku dan arang kemas ditanggalkan sebelum masuk padang)
  • Pengadil berhad menghalang pemain daripada bermain sekiranya tidak mematui etika permianan sewaktu bermain.

PENGADIL/PEGAWAI/PENJAGA MASA

  • Pengadil akan diadili oleh pengadil-pengadil dan pegawai-pegawai pertaningan yang dilantik dan ditetapkan oleh pihak Penganjur/Pengelola.
  • Segala keputusan atasa segala perkara yang berkaitan dengan undang-undang permainan yang telah diberikan oleh Pengadil atau Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

BANTAHAN

  • Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempohtidal lebih dari 1 jam selepas tmat perlawanan disertakan dengan wang tunai RM 30.00 sebagai pertaruhan.
  • Jawatankuasa banahan berhak mendapat makluman daripada mana-mana pihak yang berkatan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
  • Sekiranya rayuan atau bantahan itu benar dan diterima oleh Jawaankuasa Rayuan, maka ang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola berhubung dengan rayuan atau bantahan itu.
  • Wang pertaruhan akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

JAWATANKUASA BANTAHAN/RAYUAN

  • Pengerusi Penganjur/Pegelola
  • Setiausaha Pengelola
  • Ketua Pengadil
  • 2 Pengurus Pasukan yang berkecuali

HADIAH

Pihak penganjur akan menyediakan hadiah seperti berikut:

a)      Johan                                –           Piala Pusingan & Cenderamata
b)      Naib Johan                     –           Cenderamata
c)      Ketiga                                –           Hadiah Misteri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s