Penyelaras Sukan – En. Mohd Jefri Bin Mohd Shah

Lokasi Pertandingan – Padang Daerah Rompin

Syarat-Syarat Kelayakan Pemain 

  • Pemain yang didaftarkan hendaklah daripada kalangan warganegara Malaysia yang berkhidmat untuk PBT masing-masing.
  • Tiada had umur yang ditetapkan.
  •  Tiada halangan bagi mendaftar pemain yang pernah mewakili atau sedang mewakili pasukan kebangsaan, negeri atau mana-mana kelab.

Undang-undang Permainan

  • Peraturan-peraturandanundang-undang Bola SepakAntarabangsa (FIFA)hendaklah diikuti kecuali dinyatakan dalam peraturan ini.

Pendaftaran Pemain

  • Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak melebihi 14 orang.
  • Hanya pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain. Seorang pemain hanya dibenarkan didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
  • Satu senarai nama pemain yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur selewatnya-lewatnya 31 Mei 2011. Sebarang perubahan senarai nama dibenarkan sebelum perlawanan pertama bagi setiap pasukan.
  • Segala kecederaan pemain dibawah tanggungjawab pemain sendiri.

Format Pertandingan

  • Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam setiap kumpulan masing-masing. Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Pasukan yang menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke pusingan Separuh Akhir.
  • Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk seri dan 0 mata untuk kalah.
  • Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua jika terdapat dua pusakan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang memperolehi perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah memduduki tempat yang lebih tinggi. Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih juga seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

Masa Perlawanan

  • Kedua-duaPusingan
  • PusinganPertama 10/ 1 / 10
  • PusinganKalahMati 10/ 1 / 10
  • PerlawananAkhir 15/ 2 / 15
  • Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam pusingan awal.
  • Pada peringkat kalah mati, sekiranya keputusan berkesudahan dengan seri, tendangan penaliti akan dijalankan. Jikalau masih juga seri ,tendangan penaliti secara ‘Sudden Death’ akan dijalankan. 

 Kelewatan /  Kekurangan Pemain

  • Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan.
  • Masa selama tidak lebih daripada 5 minit adalah diberikan kepada pasukan yang lewat. Selepas masa 5 minit, pasukan yang lewat itu dikira ‘walk over’ dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dikekalkan keseluruhannya.
  • Sekurang-kurangnya 7 orang pemain mestilah berada di padang sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, pasukan itu dikira menerima kekalahan.
  • Pasukan yang mendapat kemenangan melalui‘ walk over’ mendapat tiga (3) mata dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0).

Pakaian Pemain

  • Semua pemain diwajibkan memakai kasut bola (boots) dan stoking tinggi serta ‘ Shin Guard’.
  • Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor mengikut nombor yang didaftarkan dalam borang pendaftaran.
  • Jika terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna, pasukan yang disebut dahulu hendaklah menukar jersi.
  • Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.

Rayuan dan Bantahan

  • Setiap rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 10 minit selepas perlawanan dilangsungkan.
  • Setiap bantahan yang ingin dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)
  • Bayaran wang bantahan hendaklah disertakan bersama-sama dengan bantahan yang dibuat.
  • Sekiranya bantahan diterima, bayaran wang bantahan berjumlah RM 300.00 akan dikembalikan semula.
  • Panel juri rayuan terdiri daripada 3 orang pegawai teknikal kejohanan dan dua orang pengurus pasukan. Segala keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

 Tindakan Tatatertib

  •  Seseorang pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
  • Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
  • Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya. 

 Tafsiran Undang-undang / Peraturan 

  • Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.
  • Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan di atas, maka ia adalah tertakluk di bawah budi bicara pihak penganjur. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s