PENYELARAS SUKAN – EN. MOHD KHAIRUL BIN AWANG

LOKASI PERTANDINGAN – PANTAI HIBURAN ROMPIN

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI

 

1.0 PERATURAN AM

1.1       Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

1.2       Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang asal akan dipatuhi.

1.3       Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1    Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Jawatankuasa Sukan Kerajaan Tempatan 2011.

1.3.2    Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

1.4       Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar Pantai Sukan Kerajaan Tempatan.

2.0 TEMPAT PERTANDINGAN

 Gelanggang Bola Tampar Pantai, Pantai Hiburan, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

3.0 ACARA-ACARA

Acara-acara yang dipertandingkan adalah:

3.1       Pasukan Lelaki

4.0 PENYERTAAN

4.1       Setiap MD/MP hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja yang terdiri daripada :

Pengurus Pasukan 1 orang

Pemain (1 Pasukan) 3 orang

Jumlah 4 orang

5.0       PAKAIAN

5.1       Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna. Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan.

5.2       Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar track yang ‘tight’ tidak dibenarkan.

5.3       Sekiranya kedua-dua pasukan memakai baju/jersi yang sama warna, maka keputusan pertukaran baju/jersi akan dilakukan secara lambungan duit.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1       Setiap perlawanan terdiri daripada 2 pemain dan 1 pemain simpanan.

6.2       Sinopsis peraturan yang perlu diketahui:

6.2.1   ‘First ball’ tidak dibenarkan dengan menggunakan kaedah setting.

6.2.2   ‘Open handed tip’ atau ‘dink’ tidak dibenarkan.

6.2.3   ‘Setting over’ hendaklah tinggi dan lurus.

6.2.4   Hanya sekali ‘Sand time out’ selama 20 saat setiap set bagi setiap pasukan.

6.2.5   Hanya sekali pertukaran pemain dibenarkan setiap set. (Pemain yang bertukar keluar boleh bertukar masuk.

7.0 KAEDAH MENENTUKAN PEMENANG

7.1       Setiap set dimenangi oleh pasukan yang mencapai mata 21 (kecuali set penentuan). Pasukan yang memenangi dua (2) set terus (2-0) adalah dikira pemenang. Sekiranya kedudukan terikat 1-1, maka pemenang akan ditentukan dalam perlawanan set penentuan dengan kiraan 15 mata.

7.2       Sekiranya kedudukan terikat 20-20 atau 14-14 (pada set penentuan) maka permainan hendaklah diteruskan. Pasukan yang mencapai beza 2 mata terlebih dahulu adalah dikira pemenang.

7.3       Pertukaran gelanggang dibuat pada mata ke-8 bagi set penentuan.

7.4       Pemberian mata kepada pasukan-pasukan adalah :

Menang         –           2 mata

Kalah              –          0 mata

7.5       Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menetukan kedudukan akan dibuat mengikut sistem kaedah seperti berikut :-

7.5.1   Nisbah Mata (M),

M        =          Jumlah mata menang (semua perlawanan)

Jumlah mata kalah (semua perlawanan)

7.5.2   Jika masih seri, nisbah set tertinggi (S),

S          =          Jumlah set menang (semua perlawanan)

Jumlah set kalah (semua perlawanan)

7.5.3   Jika masih seri,

S1        =          Jumlah set menang (antara pasukan terlibat)

Jumlah set kalah (antara pasukan terlibat)

7.5.4   Jika masih seri,

M1      =          Jumlah mata menang (antara pasukan terlibat)

Jumlah mata kalah (antara pasukan terlibat)

7.5.5    Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang pernah menang diperlawanan tersebut dikira menang.

7.5.6    Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s