PENYELARAS SUKAN – EN. SAMSUL HISAM BIN SULAIMAN

LOKASI PERTANDINGAN – DEWAN JUBLI PERAK MAJLIS DAERAH ROMPIN

SYARAT PERTANDINGAN

  • Hanya pemain yang telah disenaraikan dan dikemukakan kepada Urusetia Kejohanan Sukan KT Pahang 2011 sahaja yang dibenarkan bermain dalam pertandingan.
  • Jadual  pertandingan dan susunan perlawanan dibuat oleh Urus setia Pertandingan secara berterusan. Pengurus pasukan hendaklah sentiasa merujuk Urus setia Pertandingan bagi memastikan bila pasukannya akan bermain.
  • Urus setia pertandingan boleh meminda jadual pertandingan dan masa pertandingan pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada setiap pengurus pasukan selepas pindaan di buat.
  • Senarai Pemain yang akan bermain bagi satu-satu perlawanan hendaklah dikemukakan kepada urus setia pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Ianya juga meliputi pertukaran pemain simpanan.
  • Pasukan atau pemain yang gagal hadir di gelanggang dalam tempoh 15 minit setelah dipanggil untuk bermain, kemenangan percuma 3 – 0 diberikan kepada pihak lawan.
  • Jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri dari pertandingan diperingkat kumpulan maka semua pengiraan jumlah mata, ‘Set’ dan ‘Frame’ menang/kalah yang melibatkan pasukan tersebut tidak akan diambil kira.
  • Dalam peringkat kumpulan, mana-mana pasukan yang telah layak memasuki peringkat separuh akhir tidak dibenarkan memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan seterusnya. Jika perkara ini berlaku, tindakan seperti di para 10.6 akan diambil.
  • Bagi memastikan pertandingan berjalan lancar, pasukan dinasihatkan agar mematuhi semua Undang-Undang pertandingan yang telah ditetapkan. Kesalahan yang disengajakan hendaklah dielakkan. Pengadil dan Urus setia Pertandingan boleh menamatkan permainan dan perlawanan jika keadaan tidak dapat dikawal akibat perlakuan kesalahan atau pertikaian dalam permainan atau pertandingan tersebut.
UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
  • Semua perlawanan pertandingan ini hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola pertandingan ini sahaja.
  • Semua pasukan tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana undang-undang tempatan ataupun antarabangsa.

FORMAT PERTANDINGAN

BERPASUKAN :-

  • 1 BEREGU LELAKI
  • 1 BEREGU WANITA
  • 1 BEREGU CAMPURAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s